Sunday, November 18, 2012

HUBUNGAN BERSAMA ISTERI DI BULAN RAMADHAN


Pengenalan
Maksud ramadhan :-
Perkataan Ramadhan adalah berasal daripada kata( ض -  م –ر ) yang membawa mahsud ‘panas’ atau ‘panas yang menyengat’. Perkataan ini kemudiannya dikembangkann menjadi maksud ‘ manjadi panas atau sangat panas’ atau ‘ hamper membakar’. Oleh itu, makna ramadhan boleh dinyatakan juga sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut menjadi kering dan tekak berasa haus disebabkan puasa.

Maksud Puasa :-
            Bahasa : Menahan diri daripada sesuatu perkara sama ada daripada bercakap, Manahan diri daripada makan dan minum ataupun menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan.
            Syarak : Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari. Ini adalah menerusi firman Allah :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ(١٨٣)
“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.
(Al-Baqarah : 183)
           



Hubungan Bersama Isteri Di Bulan Ramadhan
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ وَلا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلا تَقْرَبُوهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ (١٨٧)
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) Dengan isteri-isteri kamu. isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa Yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), Iaitu waktu fajar. kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa”.
(Al-Baqarah : 187)
Di sini kita akan mengkaji ayat ini dengan lebih mendalam lagi. Makna sebenar ayat di atas supaya kita dapat mengetahui isi di sebalik firman Allah ini.




أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) Dengan isteri-isteri kamu”.
Ayat di atas telah menerangkan dengan jelas bahawa seseungguhnya Allah telah mengizinkan kepada sekalian hambanya untuk melakukan الرَّفَثُ pada malam hari di bulan ramadhan. Keizinan ini membawa hukum harus dan bukanlah sunat mahupun wajib.
Menurut Abu Ja’far, perkataan الرَّفَثُ dalam ayat ini adalah kiasan daripada perkataan jima’ iaitu hubungan seksual antara suami isteri. Ini adalah kerana orang arab menyebut الرفوث و  الرفث.
Selain itu, ada ahli mufassirin menyatakan, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam Al Mashi menceritakan kepadaku, ia berkata : Ayyub bin Suwaid menceritakan kepada kami dari Sufyan, dari Asim, dari Bakr bin Abdullah Al Muzanni, dari Ibnu Abbas, ia berkata : الرفث artinya jima’, akan tetapi Allah menggunakan kata kiasan kerana Dia Maha Mulia.

لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ
“isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka”.
Jika dilihat pada terjemahan ayat ini, semua orang mengetahui perkataanلِبَاسٌ  membawa maksud pakaian. Namun ahli mufassirin menyatakan terdapat dua pengertian yang berbeza pada perkataan لِبَاسٌ.
Pertama : Perkataan لِبَاسٌ ditafsirkan sebagai pakaian antara satu sama lain. Yang dimaksudkan menjadi pakaian antara satu sama lain adalah, mereka menyatu dalam satu pakaian kerana mereka dalam keadaan tidak berpakaian ketika melakukan jima’.
Kedua : Perkataan لِبَاسٌ ditafsirkan sebagai pakaian antara satu sama lain adalah kerana ia menjadi tempat ketenangan baginya, sebagaimana firman Allah :-
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِبَاسًا
“ Dan Dia lah Tuhan Yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian”.
(Al-Furqan : 47)

وَلا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ
“dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid”.
Abu Ja’far berkata : Maknanya, janganlah kamu mengauli isteri kalian ketika kalian sedang iktikaf di masjid iaitu ketika kamu sedang menahan diri dari selain ibadah kepada Allah di dalam masjid.
Manakala menurut ibn menafsirkan ayat di atas dengan tafsiran bahawa ketika di bulan ramadhan atau ketika bukan bulan ramadhan, Allah mengharamkan jima’ di malam dan siang hari sehingga selesai iktikaf.




Asbab Nuzul Surah Al-Baqarah Ayat 187

Al-Barra’ r.a berkata, “saat turun kewajiban berpuasa di bulan ramadhan, para sahabat tidak mendekati isteri mereka selama sebulan pada bulan ramadhan. Namun, ada beberapa sahabat telah melangar larangan itu, maka Allah telah menurunkan ayat ini (ayat ke 187 daripada surah Al-Baqarah).
(HR. Bukhari)

            Pada awal penurunan perintah puasa selama sebulan pada bulan ramadhan terdapat larangan yang ditujukan untuk menjalani ramadhan iaitu umat Islam tidak dibenarkan mendatangi isteri mereka selama sebulan pada bulan ramadhan. Namun manusia adalah hamba Allah yang melakukan kesilapan lalu ada umat Islam telah melanggar larangan mendatangi isteri itu.
            Terdapat hadith yang lain yang menceritakan kisah yang sama dengan hadith di atas antaranta:-

عن البراء قال : كان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم إذا كان الرجل صائما فحضر الإِفطار فنام قبل أن يفطر لم يأكل ليلته ولا يومه حتى يمسي . وإن قيس بن صرمة الأنصاري كان صائما وفي رواية : كان يعمل في النخيل بالنهار وكان صائما . فلما حضر الإِفطار أتى امرأته فقال لها : أعندك طعام؟ قالت : لا ، ولكن أنطلق فأطلب لك وكان يومه يعمل ، فغلبته عيناه فجاءته امرأته فما رأته قالت : خيبة لك . فلما انتصف النهار غشى عليه ، فذكر ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم فنزلت هذه الآية { أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصيام الرفث إلى نِسَآئِكُمْ } ففرحوا فرحاً شديداً ، ونزلت { وَكُلُواْ واشربوا حتى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الخيط الأبيض مِنَ الخيط الأسود مِنَ الفجر } .
Dari al Barra’ katanya : “Dulunya sahabat Nabi saw apabila seseorang itu berpuasa apabila tiba masuk waktu berbuka sedang dia tertidur sebelum berbuka, dia tidak dibolehkan makan pada malam itu dan siang keesokannya sehinggalah masuk waktu malam pula. Qais ibn Shormah al Ansoriy telah berpuasa – dalam satu riwayat menyebut – Dia bekerja di kebun kurma di waktu siang sedang dia berpuasa. Apabila masuk waktu berbuka, dia mendatangi isterinya lalu berkata padanya: “Adakah awak ada makanan?” Dia menjawab : “Tidak, tapi saya akan keluar mencari makanan untuk engkau”. sedangkan dia seharian bekerja, lalu dia tertidur keletihan. Apabila isterinya pulang dan melihatnya beliau berkata: “Kesiannya awak! “Bila tengahari esoknya, dia telah pengsan. Dia menceritakannya kepada Rasulullah saw, lalu turunlah ayat ini.
(HR Bukhari)
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) Dengan isteri-isteri kamu”.
Hadith di atas menceritakan bahawa ada sahabat Rasulullah telah medatangi isterinya apabila pulang dari kerja. Akibat keletihan dan kelaparan lelaki itu tertidur ketika menjelang waktu berbuka. Oleh itu, lelaki itu tidak boleh mendatangi isterinya kerana terdapat larangan pada bulan ramadhan untuk mendatangi isterinya apabila die tertidur sebelum masuk waktu berbuka. Lalu turunlah ayat ke 187 daripada surah Al-Baqarah.
Melalui kedua-dua hadith di atas, Surah Al-Baqarah Ayat 187 diturunkan adalah untuk meringankan larangan berjima’ dengan isteri pada bulan ramadhan dan Allah telah mengizinkan umat Islam untuk melakukannya pada malam hari di bulan ramadhan kecuali ketika iktikaf.


Hukum bersetubuh di siang hari pada bulan ramadhan

            Melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan ramadhan adalah haram hukumnya sama ada seseorang itu sedang berpuasa mahupun dia tidak berpuasa. Oleh itu, puasanya telah terbatal dan dia diwajibkan membayar kifarah ataupun denda iaitu memerdekakan hamba ataupun berpuasa dua bulan berturu-turut ataupun memberi makan 60 orang miskin dan hukuman ini perlu mengikut urutan jika tidak termampu barulah bertukar kepada hukuman yang keduanya.
 “Dari Abu Hurairah r.a , katanya " Ketika kami sedang duduk disamping rasulullah saw, tiba-tiba datang seorang laki-laki lalu datang kepada beliau,"Ya Rasulullah! celaka aku "Jawab Nabi saw " kenapa engkau?"Jawab orang itu " aku bersetubuh dengan isteriku, padahal aku berpuasa"Rasulullah saw bertanya" Adakah engkau memiliki hamba sahaya yang engkau boleh memerdekakan?"Jawabnya " tidak "Sabda Nabi saw" Sanggupkah engkau berpuasa 2 bulan berturut-turut"Jawab laki-laki itu " tidak "Tanya Nabi saw "Sanggupkah engkau memberi makan 60 orang miskin "Jawabnya ' Tidak"Nabi saw diam, sementara itu dibawakan orang kepada Nabi sebakul kurma. Lalu beginda bertanya" Dimanakah orang tadi"Jawab orang itu' Saya ya Rasulullah"Sabda Nabi Saw " Ambillah kurma ini dan bersedekahlah dengannya"Kata orang itu " Apakah saya harus bersedekah kepada orang yang fakir seperti saya, ya Rasulullah.? Demi Allah, tidak ada keluarga yang berada diantara dua perbatasan yang berbatu-batu ( dari kota Madinah ) yang lebih fakir dari keluarga saya"Mendengar itu Nabi saw tertawa hingga nampak taring beliau. Kemudian baginda bersabda " Berilah makan untuk keluargamu"
(HR Bukhari dan Muslim)

Namun ada riwayat yang menyatakan, dibolehkan jika seseorang itu mencium isterinya di siang hari pada bulan ramadhan. Antara hadith tersebut adalah seperti berikut :-
Aishah berkata :
“Rasulullah pernah menciumku padahal baginda sedang berpuasa, dan juga pernah menyentuh kulitku  padahal sedang berpuasa. Namun demikian Rasulullah adalah orang yang paling mampu mengawal nafsu”
(HR Muslim)

Antara hadith yang lainnya :-
Umar ibn Abu Salimah r.a meriwayatkan bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah, “apakah orang yang berpuasa boleh mencium isterinya?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “bertanyalah kepada Ummu Salamah”. Lalu Ummu Salah memberitahu Umar ibn Abu Salimah r.a bahawa Rasulullah selalu melakukan hal itu. Umar berkata,”Rasulullah! Itu kerana Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan dating” mendengar itu, Rassulullah s.a.w. bersabda “Demi Allah! Aku adalah orang yang paling bertakwa dan takut kepada Allah”.
(HR Muslim)

Hadith-hadith di atas menjelaskan, bahawa dibolehkan bagi suami mencium isterinya di siang hari pada bulan ramadhan sama ada dia sedang berpuasa mahupun tidak kerana sebab-sebab keuzuran. Di sini dapat dilihat, terdapat nas-nas yang membolehkan seseorang melakukan mukaddimah jimak sehingga dia mampu menahan hawa nafsunya.
Jaafar Salleh (2004) jika ada orang yang berpuasa merasa khuatir hawa nafsunya akan bangkit setelah bercium, maka lebih baik menghindarinya dan tidak melakukannya. Tetapi jika dia merasa aman, maka Rasulullah s.a.w. telah memberikan keringanan.


Adab pada bulan ramadhan

الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلاَ يَرفُث وَلاَ يَجهَل
“Puasa adalah perisai. Maka janganlah orang yang berpuasa itu bercakap dengan perkara yang keji dan janganlah dia melakukan perbuatan orang-orang jahil”
(HR Bukhari)
Hadith di atas dengan jelas menerangkan sesungguhnya apabila seseorang itu sedang berpuasa maka, hendaklah dia menjauhi daripada mengeluarkan kata-kata yang kotor seperti mengumpat, menfitnah, menegkeji dan berdusta. Ini kerana setiap perbuatan yang keji dilakukan adalah berdosa dan dosa it uakan ditampung oleh pahala puasanya. Maka adalah amat rugi jika seseorang itu berletihan seharian tanpa makan dan minum tetapi hakikatnya puasa yang dilakukan telah hilang pahalanya.

“Ingatlah sebenarnya puasa bagi melatih diri. Bayangkan orang yang makan terlalu banyak. macam mana solat maghrib? Adakah pada awal waktu atau lagi lima minit nak masuk waktu solat Isyak”. (Dato’ Hj Ismail Kamus, 2008)

            Tujuan puasa jika dilihat dari kesan terhadap individu adalah untuk mengurangkan tahap kolestrol dalam badan dan dapat memuluhkan kembali kondisi badan yang ideal. Menurut saintifik, apabila seseorang itu berpuasa maka orban dalam badannya seperti perut akan melakukan aktiviti yang minima disebabkan tiada sumber makanan mahupun minuman yang perlu diproses.
Akan tetapi, adab yang perlu dijaga ketika berbuka adalah dengan mengambil makanan dengan kadar sederhana. Kerana saiz perut sudah mengecil dan hanya mampu menampung jumlah makanan yang sedikit. Namun hari ini ramai orang yang berpuasa sesalu mengikut nafsu ketika berbuka sehingga kekenyangan dan tertinggal amalan sunat yang lainnya bahkan tertinggal solat fardhu.
Menjaga mata daripada melihat maksiat, menjaga telinga daripada mendengar umpatan, menjaga kaki dan tangan daripada melakukan perbuatan yang mungkar.
DR. Yusuf Al-Qaradhawi (1989) ibadat puasa itu tujuannya untuk meningkatkan ketakwaan dan ketaatan kepada Allah. Maka, puasa yang bermanfaat dan diterima Allah swt. ialah puasa orang yang dapat mengubah jiwa dan keperibadiannya, sehingga berada di jalan yang lurus dan diredhai Allah swt.



Kesimpulan

            Allah telah menetapkan suruhan dan larangan sebagai panduan kepada hambanya dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Menerusi kajian ini, saya dapat simpulkan bahawa bulan ramadhan dikaitkan dengan bulan puasa dan bulan beribadah. Kerana  setiap amalan akan digandakan lebih berbanding dengan hari-hari biasa.

Terdapat batasan yang perlu ditinggalkan pada bulan ramadhan antaranya, makan, minum dan bersetubuh di siang hari kerana ia akan membatalkan puasa. Namun Allah telah meharuskan kepada hambanya melakukan jima di malam hari kerana nafsu manusia adalah sukar dikawal.

Akan tetapi Allah juga telah menyeru kepada hambanya agar melakukan amalan yang lebih pada malam ramadhan dengan melakukan solat terawih dan beriktikaf. Amalan iktikaf  dan pengharusan berjimak adalah sebagai ujian kepada hambanya untuk memilih bersenang-lenang dirumah bersama isteri ataupun beriktikaf di rumahNya.

Apalah salahnya jika kita menahan nafsu selama paling kurang sepuluh hari pada akihr ramadhan untuk mendapatkan lailatul qadar. Walaupun Allah telah mengharuskan hambanya melakukan jima’ pada malam bulan ramadhan, namun pahala lailatul qadar adalah menyamai seribu bulan.

Berkata Anas bin Malik r.a; sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:-

1.      Hai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah!Engkau akan masuk ke dalamnya kelak.
2.      Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan diazab di dalam  perutku.
3.      Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4.      Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5.      Engkau mengumpul harta di atas belakangku,tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6.      Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7.      Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8.      Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9.      Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10.  Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.





Rujukan
Abu Ja’far Muhammad bin Jarir Ath-Thabari. (2008). Tafsir Ath-Thabari Jilid 3 : Pustaka Azzam
Erwyn Kurniawan. (2009). Tafsir Quran Perkata,Dilengkapi Dengan Asbabun Nuzul & Terjemahan : Maghfirah Pustaka
Jaafar Salleh. (2004). Kemuncak Rahsia Kebahgiaan & Kasih Saying Sejati : Al-Hidayah Publisher
H. Zulfahmi Lubis Ma. (2008). Hikmah Bulan Ramadhan : Berlin Publications SDN. BHD.
Haji Idris Ahmad S.H. ( 2006). Fiqh Syafie Jilid 1 : Percetakan Putrajaya Sdn. Bhd.
Dato’ Hj Ismail Kamus. (2008). Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa, Tapi Anda Malu Bertanya : Telaga Biru SDN BHD.
DR. Yusuf Al-Qaradhawi.(2002).Fatawa Qaradhawi, Permasalahan, Pemecahan dan Hikmah : Crescent News (KL) SDN BHD.