Pengenalan
Maksud ramadhan :-
Perkataan Ramadhan
adalah berasal daripada kata( ض - م –ر ) yang membawa mahsud ‘panas’ atau ‘panas
yang menyengat’. Perkataan ini kemudiannya dikembangkann menjadi maksud ‘
manjadi panas atau sangat panas’ atau ‘ hamper membakar’. Oleh itu, makna
ramadhan boleh dinyatakan juga sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang
merasa panas, mulut menjadi kering dan tekak berasa haus disebabkan puasa.
Maksud Puasa :-
Bahasa
: Menahan diri daripada sesuatu perkara sama ada daripada bercakap, Manahan diri
daripada makan dan minum ataupun menahan diri daripada melakukan sesuatu
perbuatan.
Syarak : Menahan diri daripada makan dan minum serta
perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam
matahari. Ini adalah menerusi firman Allah :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ
عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ(١٨٣)
“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa
sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu
bertaqwa”.
(Al-Baqarah : 183)
Hubungan Bersama Isteri Di Bulan Ramadhan
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ
الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ
عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا
عَنْكُمْ فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا
حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ
ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ وَلا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ
فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلا تَقْرَبُوهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ
آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ (١٨٧)
“Dihalalkan
bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) Dengan isteri-isteri
kamu. isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula
sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati
diri sendiri, lalu ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. maka sekarang
setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa Yang telah ditetapkan oleh
Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang
putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), Iaitu waktu fajar.
kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah
kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid.
itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. demikian
Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka
bertaqwa”.
(Al-Baqarah
: 187)
Di sini
kita akan mengkaji ayat ini dengan lebih mendalam lagi. Makna sebenar ayat di
atas supaya kita dapat mengetahui isi di sebalik firman Allah ini.
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari
puasa, bercampur (bersetubuh) Dengan isteri-isteri kamu”.
Ayat di atas telah menerangkan dengan jelas bahawa
seseungguhnya Allah telah mengizinkan kepada sekalian hambanya untuk melakukan الرَّفَثُ pada malam hari di
bulan ramadhan. Keizinan ini membawa hukum harus dan bukanlah sunat mahupun
wajib.
Menurut Abu Ja’far, perkataan الرَّفَثُ dalam ayat ini adalah
kiasan daripada perkataan jima’ iaitu hubungan seksual antara suami isteri. Ini
adalah kerana orang arab menyebut الرفوث و
الرفث.
Selain itu,
ada ahli mufassirin menyatakan, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam Al Mashi
menceritakan kepadaku, ia berkata : Ayyub bin Suwaid menceritakan kepada kami
dari Sufyan, dari Asim, dari Bakr bin Abdullah Al Muzanni, dari Ibnu Abbas, ia
berkata : الرفث artinya jima’, akan tetapi Allah menggunakan kata kiasan kerana Dia Maha
Mulia.
لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ
لِبَاسٌ لَهُنَّ
“isteri-isteri kamu itu adalah sebagai
pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka”.
Jika
dilihat pada terjemahan ayat ini, semua orang mengetahui perkataanلِبَاسٌ membawa maksud pakaian. Namun ahli mufassirin menyatakan terdapat dua pengertian
yang berbeza pada perkataan لِبَاسٌ.
Pertama : Perkataan لِبَاسٌ ditafsirkan sebagai
pakaian antara satu sama lain. Yang dimaksudkan menjadi pakaian antara satu
sama lain adalah, mereka menyatu dalam satu pakaian kerana mereka dalam keadaan
tidak berpakaian ketika melakukan jima’.
Kedua : Perkataan لِبَاسٌ ditafsirkan sebagai
pakaian antara satu sama lain adalah kerana ia menjadi tempat ketenangan baginya,
sebagaimana firman Allah :-
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِبَاسًا
“ Dan Dia lah Tuhan Yang menjadikan malam untuk kamu sebagai
pakaian”.
(Al-Furqan :
47)
وَلا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ
عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ
“dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri
kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid”.
Abu Ja’far berkata : Maknanya, janganlah kamu mengauli isteri kalian
ketika kalian sedang iktikaf di masjid iaitu ketika kamu sedang menahan diri
dari selain ibadah kepada Allah di dalam masjid.
Manakala menurut ibn menafsirkan ayat di atas dengan tafsiran bahawa
ketika di bulan ramadhan atau ketika bukan bulan ramadhan, Allah mengharamkan
jima’ di malam dan siang hari sehingga selesai iktikaf.
Asbab Nuzul Surah Al-Baqarah Ayat 187
Al-Barra’ r.a berkata, “saat turun
kewajiban berpuasa di bulan ramadhan, para sahabat tidak mendekati isteri
mereka selama sebulan pada bulan ramadhan. Namun, ada beberapa sahabat telah
melangar larangan itu, maka Allah telah menurunkan ayat ini
(ayat ke 187 daripada surah Al-Baqarah).
(HR. Bukhari)
Pada awal penurunan
perintah puasa selama sebulan pada bulan ramadhan terdapat larangan yang
ditujukan untuk menjalani ramadhan iaitu umat Islam tidak dibenarkan mendatangi
isteri mereka selama sebulan pada bulan ramadhan. Namun manusia adalah hamba
Allah yang melakukan kesilapan lalu ada umat Islam telah melanggar larangan
mendatangi isteri itu.
Terdapat hadith yang
lain yang menceritakan kisah yang sama dengan hadith di atas antaranta:-
عن البراء قال : كان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم إذا كان الرجل صائما
فحضر الإِفطار فنام قبل أن يفطر لم يأكل ليلته ولا يومه حتى يمسي . وإن قيس بن
صرمة الأنصاري كان صائما وفي رواية : كان يعمل في النخيل بالنهار وكان صائما .
فلما حضر الإِفطار أتى امرأته فقال لها : أعندك طعام؟ قالت : لا ، ولكن أنطلق
فأطلب لك وكان يومه يعمل ، فغلبته عيناه فجاءته امرأته فما رأته قالت : خيبة لك .
فلما انتصف النهار غشى عليه ، فذكر ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم فنزلت هذه الآية
{ أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصيام الرفث إلى نِسَآئِكُمْ } ففرحوا فرحاً شديداً ،
ونزلت { وَكُلُواْ واشربوا حتى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الخيط الأبيض مِنَ الخيط الأسود
مِنَ الفجر } .
Dari al Barra’ katanya : “Dulunya sahabat Nabi saw apabila
seseorang itu berpuasa apabila tiba masuk waktu berbuka sedang dia tertidur
sebelum berbuka, dia tidak dibolehkan makan pada malam itu dan siang
keesokannya sehinggalah masuk waktu malam pula. Qais ibn Shormah al Ansoriy
telah berpuasa – dalam satu riwayat menyebut – Dia bekerja di kebun kurma di
waktu siang sedang dia berpuasa. Apabila masuk waktu berbuka, dia mendatangi isterinya
lalu berkata padanya: “Adakah awak ada makanan?” Dia menjawab : “Tidak, tapi
saya akan keluar mencari makanan untuk engkau”. sedangkan dia seharian bekerja,
lalu dia tertidur keletihan. Apabila isterinya pulang dan melihatnya beliau
berkata: “Kesiannya awak! “Bila tengahari esoknya, dia telah pengsan. Dia
menceritakannya kepada Rasulullah saw, lalu turunlah ayat ini.
(HR Bukhari)
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari
puasa, bercampur (bersetubuh) Dengan isteri-isteri kamu”.
Hadith di atas menceritakan bahawa ada sahabat
Rasulullah telah medatangi isterinya apabila pulang dari kerja. Akibat keletihan
dan kelaparan lelaki itu tertidur ketika menjelang waktu berbuka. Oleh itu,
lelaki itu tidak boleh mendatangi isterinya kerana terdapat larangan pada bulan
ramadhan untuk mendatangi isterinya apabila die tertidur sebelum masuk waktu
berbuka. Lalu turunlah ayat ke 187 daripada surah Al-Baqarah.
Melalui kedua-dua hadith di atas, Surah Al-Baqarah
Ayat 187 diturunkan adalah untuk meringankan larangan berjima’ dengan isteri
pada bulan ramadhan dan Allah telah mengizinkan umat Islam untuk melakukannya
pada malam hari di bulan ramadhan kecuali ketika iktikaf.
Hukum bersetubuh di siang hari pada bulan
ramadhan
Melakukan
persetubuhan di siang hari pada bulan ramadhan adalah haram hukumnya sama ada
seseorang itu sedang berpuasa mahupun dia tidak berpuasa. Oleh itu, puasanya
telah terbatal dan dia diwajibkan membayar kifarah ataupun denda iaitu
memerdekakan hamba ataupun berpuasa dua bulan berturu-turut ataupun memberi
makan 60 orang miskin dan hukuman ini perlu mengikut urutan jika tidak termampu
barulah bertukar kepada hukuman yang keduanya.
“Dari
Abu Hurairah r.a , katanya " Ketika kami sedang duduk disamping rasulullah
saw, tiba-tiba datang seorang laki-laki lalu datang kepada beliau,"Ya
Rasulullah! celaka aku "Jawab Nabi saw " kenapa engkau?"Jawab
orang itu " aku bersetubuh dengan isteriku, padahal aku
berpuasa"Rasulullah saw bertanya" Adakah engkau memiliki hamba sahaya
yang engkau boleh memerdekakan?"Jawabnya " tidak "Sabda Nabi
saw" Sanggupkah engkau berpuasa 2 bulan berturut-turut"Jawab
laki-laki itu " tidak "Tanya Nabi saw "Sanggupkah engkau memberi
makan 60 orang miskin "Jawabnya ' Tidak"Nabi saw diam, sementara itu
dibawakan orang kepada Nabi sebakul kurma. Lalu beginda bertanya"
Dimanakah orang tadi"Jawab orang itu' Saya ya Rasulullah"Sabda Nabi Saw
" Ambillah kurma ini dan bersedekahlah dengannya"Kata orang itu
" Apakah saya harus bersedekah kepada orang yang fakir seperti saya, ya
Rasulullah.? Demi Allah, tidak ada keluarga yang berada diantara dua perbatasan
yang berbatu-batu ( dari kota Madinah ) yang lebih fakir dari keluarga
saya"Mendengar itu Nabi saw tertawa hingga nampak taring beliau. Kemudian
baginda bersabda " Berilah makan untuk keluargamu"
(HR Bukhari dan Muslim)
Namun ada
riwayat yang menyatakan, dibolehkan jika seseorang itu mencium isterinya di
siang hari pada bulan ramadhan. Antara hadith tersebut adalah seperti berikut
:-
Aishah berkata :
“Rasulullah
pernah menciumku padahal baginda sedang berpuasa, dan juga pernah menyentuh
kulitku padahal sedang berpuasa. Namun demikian Rasulullah adalah orang yang
paling mampu mengawal nafsu”
(HR Muslim)
Antara hadith yang lainnya :-
Umar ibn Abu Salimah r.a meriwayatkan
bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah, “apakah orang yang berpuasa boleh
mencium isterinya?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “bertanyalah kepada Ummu
Salamah”. Lalu Ummu Salah memberitahu Umar ibn Abu Salimah r.a bahawa
Rasulullah selalu melakukan hal itu. Umar berkata,”Rasulullah! Itu kerana Allah
telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan dating” mendengar
itu, Rassulullah s.a.w. bersabda “Demi Allah! Aku adalah orang yang paling
bertakwa dan takut kepada Allah”.
(HR Muslim)
Hadith-hadith
di atas menjelaskan, bahawa dibolehkan bagi suami mencium isterinya di siang
hari pada bulan ramadhan sama ada dia sedang berpuasa mahupun tidak kerana
sebab-sebab keuzuran. Di sini dapat dilihat, terdapat nas-nas yang membolehkan
seseorang melakukan mukaddimah jimak sehingga dia mampu menahan hawa nafsunya.
Jaafar
Salleh (2004) jika ada orang yang berpuasa merasa khuatir hawa nafsunya akan
bangkit setelah bercium, maka lebih baik menghindarinya dan tidak melakukannya.
Tetapi jika dia merasa aman, maka Rasulullah s.a.w. telah memberikan
keringanan.
Adab pada bulan ramadhan
الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلاَ يَرفُث وَلاَ يَجهَل
“Puasa adalah perisai. Maka janganlah orang
yang berpuasa itu bercakap dengan perkara yang keji dan janganlah dia melakukan
perbuatan orang-orang jahil”
(HR Bukhari)
Hadith di
atas dengan jelas menerangkan sesungguhnya apabila seseorang itu sedang
berpuasa maka, hendaklah dia menjauhi daripada mengeluarkan kata-kata yang
kotor seperti mengumpat, menfitnah, menegkeji dan berdusta. Ini kerana setiap
perbuatan yang keji dilakukan adalah berdosa dan dosa it uakan ditampung oleh
pahala puasanya. Maka adalah amat rugi jika seseorang itu berletihan seharian
tanpa makan dan minum tetapi hakikatnya puasa yang dilakukan telah hilang
pahalanya.
“Ingatlah sebenarnya puasa bagi melatih
diri. Bayangkan orang yang makan terlalu banyak. macam mana solat maghrib?
Adakah pada awal waktu atau lagi lima minit nak masuk waktu solat Isyak”.
(Dato’ Hj Ismail Kamus, 2008)
Tujuan
puasa jika dilihat dari kesan terhadap individu adalah untuk mengurangkan tahap
kolestrol dalam badan dan dapat memuluhkan kembali kondisi badan yang ideal.
Menurut saintifik, apabila seseorang itu berpuasa maka orban dalam badannya
seperti perut akan melakukan aktiviti yang minima disebabkan tiada sumber
makanan mahupun minuman yang perlu diproses.
Akan tetapi,
adab yang perlu dijaga ketika berbuka adalah dengan mengambil makanan dengan
kadar sederhana. Kerana saiz perut sudah mengecil dan hanya mampu menampung
jumlah makanan yang sedikit. Namun hari ini ramai orang yang berpuasa sesalu
mengikut nafsu ketika berbuka sehingga kekenyangan dan tertinggal amalan sunat
yang lainnya bahkan tertinggal solat fardhu.
Menjaga mata
daripada melihat maksiat, menjaga telinga daripada mendengar umpatan, menjaga
kaki dan tangan daripada melakukan perbuatan yang mungkar.
DR. Yusuf Al-Qaradhawi (1989) ibadat puasa itu
tujuannya untuk meningkatkan ketakwaan dan ketaatan kepada Allah. Maka, puasa
yang bermanfaat dan diterima Allah swt. ialah puasa orang yang dapat mengubah
jiwa dan keperibadiannya, sehingga berada di jalan yang lurus dan diredhai
Allah swt.
Kesimpulan
Allah telah menetapkan
suruhan dan larangan sebagai panduan kepada hambanya dalam menjalani kehidupan
di dunia ini. Menerusi kajian ini, saya dapat simpulkan bahawa bulan ramadhan
dikaitkan dengan bulan puasa dan bulan beribadah. Kerana setiap amalan akan digandakan lebih
berbanding dengan hari-hari biasa.
Terdapat batasan yang perlu ditinggalkan pada bulan
ramadhan antaranya, makan, minum dan bersetubuh di siang hari kerana ia akan
membatalkan puasa. Namun Allah telah meharuskan kepada hambanya melakukan jima
di malam hari kerana nafsu manusia adalah sukar dikawal.
Akan tetapi Allah juga telah menyeru kepada hambanya
agar melakukan amalan yang lebih pada malam ramadhan dengan melakukan solat
terawih dan beriktikaf. Amalan iktikaf
dan pengharusan berjimak adalah sebagai ujian kepada hambanya untuk
memilih bersenang-lenang dirumah bersama isteri ataupun beriktikaf di rumahNya.
Apalah salahnya jika kita menahan nafsu selama paling
kurang sepuluh hari pada akihr ramadhan untuk mendapatkan lailatul qadar. Walaupun
Allah telah mengharuskan hambanya melakukan jima’ pada malam bulan ramadhan,
namun pahala lailatul qadar adalah menyamai seribu bulan.
Berkata Anas bin Malik r.a; sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada
manusia dengan sepuluh perkara:-
1.
Hai
anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah!Engkau akan masuk ke
dalamnya kelak.
2.
Engkau
melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan diazab di
dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di
dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan
kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku,tetapi ingatlah! Engkau akan
menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau
akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di
dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau
akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di
belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam
perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau
akan keseorangan di dalam perutku.
Rujukan
Abu Ja’far Muhammad bin Jarir Ath-Thabari.
(2008). Tafsir Ath-Thabari Jilid 3 : Pustaka Azzam
Erwyn Kurniawan. (2009). Tafsir Quran
Perkata,Dilengkapi Dengan Asbabun Nuzul & Terjemahan : Maghfirah Pustaka
Jaafar Salleh. (2004). Kemuncak Rahsia
Kebahgiaan & Kasih Saying Sejati : Al-Hidayah Publisher
H. Zulfahmi Lubis Ma. (2008). Hikmah Bulan
Ramadhan : Berlin Publications SDN. BHD.
Haji Idris Ahmad S.H. ( 2006). Fiqh Syafie
Jilid 1 : Percetakan Putrajaya Sdn. Bhd.
Dato’ Hj Ismail Kamus. (2008). Soal Jawab
Remeh-Temeh Tentang Puasa, Tapi Anda Malu Bertanya : Telaga Biru SDN BHD.
DR. Yusuf Al-Qaradhawi.(2002).Fatawa
Qaradhawi, Permasalahan, Pemecahan dan Hikmah : Crescent News (KL) SDN BHD.