Tuesday, December 4, 2012

Rumah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor


1.         Pengenalan

            Kajian ini adalah mengenai rumah orang-orang tua di Johor iaitu di Rumah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti kewujudan rumah kebajikan untuk orang-orang tua dan situasi rumah tersebut. Kajian ini tidaklah bertujuan untuk mendedahkan sikap lepas tangan anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan, akan tetapi hanyalah untuk mengkaji sejauh mana pusat jagaan ini beroperasi.
            Justeru, dengan kajian ini dapatlah diambil ikhtibar oleh kita sesungguhnya adanya golongan yang lebih memerlukan bantuan dan perhatian daripada masyarakat luar. Kajian ini tidak bertujuan untuk menunjukkan jalan pintas kepada anak-anak yang tidak mampu menjaga orang tua mereka, akan tetapi sebagai pendedahan kepada mereka wujudnya pusat jagaan orang-orang tua di Johor.

2.         Latar Belakang


            Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor telah Pusat Jagaan ini telah ditubuhkan April 2007 dan dirasmikan oleh YB Dato' Hj Osaman Hj Sapian, ADUN Kempas Johor dengan dihadiri lebih kurang 35 orang ahli.
Ir. H. Sharipin Shalan Presiden/Pengasas 
3.         Objektif Penubuhan

            Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, telah memulakan operasi dengan membuka Pusat Jagaan warga emas ini dengan niat untuk mewujudkan tempat perlindungan san jagaan untuk warga emas.
            Di samping itu, pusat ini juga menerima warga dari kalangan mereka yang ernah nemerima rawatan psikiatri di Hospital Permai Johor Baru dengan tujuan menyediakan tmpat perlindungan kepada mereka yang telah berdikari tetapi menghidapi kesukaran untuk bersama keluarga.

4.         Sumber Kewangan

            Rumah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor menerima sebarang bentuk sumbangan ataupun derma dalam bentuk bekalan makanan harian, kelengkapan perabot dan peralatan serta sedekah jariah untuk Rumah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.
            Sumbangan berbentuk wang boleh disumbangkan terus ke akaun atau hubungi petugas  Rumah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor :-
-          MAYBANK NO : 501132158862
-          Md Shahripin Shahlan di talian 019-777 0717 
-          Puan Norijah Bidin di talian 016-788 1379
-          En Seokarno Talib di talian 016-723 4419.



5.         Kedudukan

Pusat Jagaan warga emas Nur ehsan
Lot 3353, MLO 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, Johor Bahru, Malaysia

Arah jalan dari Universiti Teknologi Malaysia Johor Malaysia ke Pusat Jagaan warga emas Nur Ehsan Lot 3353, MLO 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, Johor Bahru, Malaysia menurut Google Map

 Gambar Lakaran Cadangan Bangunan Baru Pusat Jagaan Nur Ehsan





6.         Syarat Kemasukan

            Pusat Jagaan ini hanya menempatkan orang-orang tua yang beragama Islam yang tidak berwaris atau insan yang dihantar oleh pihak hospital, Majlis Agama dan rujukan pegawai JKM bagi mereka yang tidak dapat dikesan ahli keluarganya. Namun begitu bagi mereka yang berkeluarga dan memohon penjagaan orang tua mereka oleh sebab-sebab yang tertentu, pihak Rumah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor mengenakan sedikit bayaran untuk menanggung pembelanjaan ibu pada yang telah mereka hantar.

            Selain itu Rumah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor juga menerima ramai insan yang tidak mampu dijaga oleh ahli keluarga mereka, iaitu bekas pesakit mental yang telah stabil. 

7.         Bilangan Penghuni

            Pada tahun 2010 seramai 64 orang penghuni telah dictatkan iaitu termasuk warga tua dari kalingan lelaki dan perempaun. Namun tidak diberitahu jumlah terbaru iaitu pada tahun 2011 hingga kini.

8.         Aktiviti Tahunan

            Rumah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor telah mengadakan satu Mesyuarat Agong Pertama mereka pada tahun 2010 yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Osaman Hj Sapian, ADUN Kempas Johor dan dihadiri lebih kurang 35 orang ahli.
            Laporan Tahunan Persatuan juga telah dibentangkan oleh Setiausaha Kehormat. Manakala Laporan Kewangan telah dibentangkan wakil Bendahari, Cik Norzaimah Bidin.

Mesyuarat telah mengekalkan AJK yang sedia ada dan melantik 6 orang AJK baru dan 2 orang JuruOdit. Ketika mesyuarat itu pengerusi telah membentangkan bahawa Persatuan telah mempunyai 3 Pusat Jagaan dalam Johor  iaitu :-
            1) Pusat Jagaan Jln Denai 1, Kempas, JB
            2) Pusat Jagaan Bukit Indah Kempas, JB
            3) Pusat Jagaan Pt Bunga. Ledang . Muar
            Pusat Jagaan keempat yang sedang dirancang akan datang besar kemungkinan    Cawangan Simpang Rengam Johor.
            Sebagai menghargai warga tua di Rumah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor itu Persatuan juga membincangkan Aktiviti 2010 untuk meraikan penghuni dan ahli Persatuan. Antara aktiviti yang telah dirancangkan adalah seperti berikut :-
1) Sambutan Maulid Rasul
2) Hari Keluarga Nur Ehsan 2010
3) Seminar Motivasi
4) Lawatan Sambil Belajar ke Singapura

9.         Pandangan Masyarakat

            Pusat jagaan ini telah mendapat perhatian daripada seluruh Malaysia terutamanya daripada rakyat Johor sendiri. Pada 14 Ogos 2010 Rumah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor telah menerima kunjungan kehormat oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan beliau tidak menyiarkan jumlah sumbangan beliau kepada media.
            Selain itu Rumah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor turut diberi perhatian oleg 18 orang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam mereka program iaitu Masih Ada Yang Sayang pada tahun 2010.

10.       Kepentingan

            Rumah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor ditubuhkan adalah semata-mata bertujuan untuk memberikan perlindengan kepada warga tua yang perlukan perlindungan akibat daripada anak-anak yang tidak mampu untuk menjaga ibu bapa mereka mahupun warga tua yang dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
            Pertubuhan seperti ini adalah penting kerana ini adalah langkah terakhir yang boleh diambil untuk membela nasib warga tua yang ditinggalkan oleh anak mereka. Walaupun sebenarnya didikan awal dan berterusan kepada anak-anak adalah penting agar, tetapi pembuakaan rumah jagaan seperti ini adalah langkah terakhir yang boleh dilakukan.

11.       Kesimpulan

            Daripada kajian ini dapat saya lihat di dalam dunia ini akan sentiasa ada orang yang berhati murni dan ada yang suka lepas tangan dan mengambil kesempatan. Rumah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah untuk memberikan perlindungan namun, ada masyarakat yang menghantar orang tua mereka kerana tidak dapat lagi menjaga mereka dan akhirnya ibu bapa mereka ditinggalkan di pusat jagaan.
            Pusat jagaan ini telah bertungkus-lumus memberikan yang terbaik kepada setiap ahli di bawah pusat jagaan mereka dengan merancang menambah bangunan sebagai bilik jagaan. Masih adakah lagi sifat kasih dan simpati di hati kita untuk memberikan bantuan?

3 comments: